Perisian Niche Business Solutions sangat mudah digunakan oleh sesiapa yang berminat. Tidak perlu pengetahuan perakaunan ataupun simpan kira - jika ada lebih baik. Anda cuma perlu melakukan perkara yang sama yang anda lakukan secara manual contohnya:
- Buat Invois kepada pelanggan
- Buat Baucer Bayaran
- Rekod terimaan wang atau cek
- Rekod Invois dari pembekal (supplier)
Jika anda merekodkan perkara di atas kedalam perisian Niche (sama buat secara manual juga) anda akan dapat laporan-laporan dan maklumat-maklumat berkaitan tanpa berbuat apa-apa lagi:
- Maklumat Akaun Penerimaan
- Maklumat Akaun Pembayaran
- Penyedian Invois kepada Pelanggan
- Buku Tunai
- Penyesuaian Penyata Bank
- Laporan-Laporan
- Pengurusan Stok
- Lejer Am
- Profit and Loss / Penyata Untung Rugi
- Balance Sheet / Lembaran Imbangan
- Trial Balance / Imbangan Duga
Jadi dengan membuat kerja yang sama seperti mana yang lazim dibuat secara manual anda akan dapat banyak maklumat-maklumat tambahan yang sangat diperlukan oleh perniagaan anda. Ini amat berguna untuk membantu anda didalam perancangan kewangan perniagaan anda.
Contoh maklumat yang sangat-sangat diperlukan ialah: - Baki terkini bank anda
- Siapa masih berhutang dengan anda (Penghutang: berapa banyak, berapa lama etc)
- Siapa yang anda masih berhutang (Pemiutanag: berapa banyak, berapa lama etc)
No comments:
Post a Comment