29 October 2009

Office PettyCash Supplement

Di sini anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menambah wang tunai runcit atau petty cash. Ia nya adalah dua transaksi dalam satu. (1) Keluarkan wang dari bank MBB dan (2) Masukkan ke dalam tunai runcit / petty cash. Transaksi ini juga adalah bayaran keluar tanpa invois. Kod pemiutang khas iaitu PCASH mesti digunakan. Lazimnya kita akan membuat baucer bayaran (payment voucher) beserta dengan cek yang hendak di tunaikan dan kemudiannya dimasukkan kedalam wang petty cash. Baucer bayaran boleh dicetak oleh komputer dan tidak perlu membuat secara manual. Contoh adalah seperti butiran berikut:
  • PV No: Masukkan nombor baucer secara manual - tidak di galakkan
  • Check Box For Auto Numbering: Di sarankan anda 'tick' kotak ini untuk menggunakan nombor baucer yang dijana oleh sistem
  • Creditor Code: PCASH
  • Invoice No: tidak perlu, biarkan kosong
  • Payment Date: 02/01/2009
  • Bank Code: MBB
  • Cheque No: 343436
  • Amount: 500.00
  • Cheque Date: tidak berkenaan 
  • Project Code: NA
  • Debit GL Code: 6090 (temporary account - di buat oleh sistem)
  • Credit GL Code: 6010 (MBB - di buat oleh sistem
  • Description: Office Petty Cash Supplement
Klik link berikut untuk melihat bagaimana ianya dilakukan: Office_PettyCash_Supplement

Terimaan masuk untuk kod bank CASH iaitu untuk petty cash ialah seperti berikut sepertimana yang akan di buat oleh sistem secara otomatik:
  • Payment In Serial No: mengikut nombor siri semasa
  • Debtor Code: INC kod khas untuk terimaan tanpa invois
  • Invoice No: tidak perlu kerana ini adalah terimaan tanpa invois
  • Payment Date: 02/01/2009
  • Bank Code: CASH
  • Cheq Bank: CASH
  • Cheque No: NA
  • Amount Paid: 500.00
  • Project Code: NA
  • Debit AC Code: 6010
  • Credit AC Code: 6090
  • Description: Ref PV No: PV/0000003 Descr: Office petty cash supplement
 Klik link berikut untuk melihat bagaimana ianya dilakukan: Office_PettyCash_Supplement

No comments:

Post a Comment