22 October 2009

Set Up Bank Opening Balance

Masukkan baki permulaan untuk kesemua akaun bank anda. Anda mestilah terlebih dahulu mengetahui baki tersebut. Contohnya tahun kewangan anda adalah dari Januari hingga Disember 2009, jadi baki permulaan yang harus dimasukkan adalah baki pada 31/12/2008. Cara mengira baki ini adalah dengan melihat baki pada penyata bank anda pada 31/12/2008 dan mencampur semula jumlah cek-cek yang dikeluarkan tetapi belum ditunai dan cek-cek yang diterima tetapi belum ditunai juga:

Baki Penyata Bank campur
Jumlah cek dikeluarkan belum tunai tolak
Jumlah cek diterima belum tunai
= Baki bank anda yang sebenar (dipanggil baki lejer)

Klik di sini untuk melihat cara memasukkan baki permulaan bank: Set_Up_Bank_Opening_Balance

Ulang untuk setiap bank termasuk tunai runcit (petty cash).

No comments:

Post a Comment