28 October 2009

Payment In WITHOUT Invoice

Di sini anda akan ditunjukkan bagaimana memasukkan terimaan TANPA invois (payment in WITHOUT invoice). Terimaan tanpa invois bermaksud segala apa terimaan wang oleh syarikat tanpa perlu menghantar invois kepada pelanggan (debtor). Contohnya: jualan tunai, meminjam wang dari bank, pemilik syarikat menambah modal dan sebabgainya.

Penambahan modal akan di gunakan sebagai contoh di sini. Ia itu pemilik memasukkan (bank in) sebanyak RM50,000 sebagai modal (capital). Data yang akan digunakan seperti berikut:
  • Payment In Serial No: di tentukan oleh sistem, tidak perlu di isi
  • Debtor Code: INC kod khas untuk terimaan tanpa invois
  • Invoice No: tidak perlu kerana ini adalah terimaan tanpa invois
  • Payment Date: 02/01/2009
  • Bank Code: MBB - bank anda di mana cek dimasukkan
  • Cheq Bank: MBB - ini adalah bank untuk cek yang anda masukkan - mengikut cek
  • Cheque No: 218713 nombor cek, mestilah 6 digit
  • Amount Paid: 50000
  • Project Code: NA
  • Debit AC Code: 6020 (di buat secara otomatik)
  • Credit AC Code: 9010 (Paid Up Capital - mengikut carta akaun yg telah disediakan)
  • Description: Masukkan keterangan yang ringkas dan di fahami misalnya: Tambahan modal oleh MZA
Klik link berikut untuk melihat video yang menunjukkan bagaimana data dimasukkan: Payment_In_WITHOUT_Invoice

No comments:

Post a Comment