22 October 2009

Set Up Bank Account

Ini adalah contoh untuk syarikat yang mempunyai Akaun Bank lebih dari satu. Secara default satu Bank iaitu MBB (GL Account Code = 6020) telah pun disediakan. Jika perlu MBB boleh ditukar kepada bank anda yang sebenar. Sebagai contoh kita akan menambah satu lagi Bank iaitu CIMB,

Langkah Pertama:
Pastikan CIMB bank telah ada di dalam Carta Akaun ataupun tidak. Jika tidak ada kita akan menambahnya terlebih dahulu menggunakan data seperti di bawah:

GL Akaun: 6030
Account Name: CIMB Bank Bhd
Account Type: Balance Sheet
Account Class: F (current asset)
Last Year Balance: 0 (boleh diubah kepada baki sebenar kemudian)
Period Ending Balances: tidak perlu berbuat apa-apa, untuk kegunaan sistem sahaja

Sila lihat video yang disediakan: Set_Up_Bank_Account

Langkah Kedua:
Kemaskini rekod Bank (CIMB) untuk di "Link" kan kepada GL Account yang telah di masukkan di atas. Rekod bank CIMB memang telah dimasukkan ke dalam sistem, anda hanya perlu "open / search" dan ubah medan yang berkenaan sahaja.

Sila lihat video yang disediakan: Set_Up_Bank_Account
Ulang langkah-langkah di atas jika perlu sekiranya anda mempunyai banyak akaun bank.

No comments:

Post a Comment